TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERDAGANGAN:
KERTAS 2 (SOALAN ESEI) 3755/2)
1) PERUNTUKKAN MASA
Anda mempunyai masa 2 jam untuk menjawab empat soalan esei.
* Ini bermakna andahanya mempunyai masa 30 minit untuk menjawab setiap soalan.
* Anda mestimemperuntukkan jumlah masa yang sama untuk setiap soalan.
* Anda dinasihatkan bermula menjawab soalan yang lebih senang dahulu dan diikuti dengan soalan yang lebihsusah kemudian.
* Jangan mengambil terlalu banyak masa untuk menjawab sesuatusoalan yang tertentu sehingga tidak sempat menjawab soalan-soalan yang lain. *Sekiranya anda mengambil masa lebih dari 30 minit untuk menjawab sesuatu soalan,anda mesti tinggalkannya dan terus kepada soalan yang lain.
* Anda boleh kembalisemula kepada soalan tersebut jika masih ada masa selepas menjawab semua soalan-soalan yang lain
* Peruntukkan sedikit masa untuk menyemak jawapan anda
* Janganmenjawab kurang daripada jumlah soalan yang dikehendaki kerana anda akan kehilanganmarkah.
* Katakan jika anda hanya menjawab sebanyak tiga daripada empat soalan yangdikehendaki, anda akan kehilangan sebanyak 25% daripada jumlah keseluruhan markahesei dan 15% markah keseluruhan.Oleh itu, jangan tinggalkan mana-mana soalan tanpadijawab, tulislah apa-apa yang diingati tentang perkara yang berkaitan
2). PEMILIHAN SOALAN
Dalam kertas ini, anda boleh memilih mana-mana tiga soalan daripada bahagian A danwajib menjawab soalan bahagian B (Kajian Kes).
* Sebelum memilih soalan, anda mestimembaca semua soalan dengan teliti dan menggariskan perkataan-perkataan yang penting.
* Semasa memilih soalan,pilih soalan yang anda boleh menjawab denga baik dan dapat memberikan fakta yang banyak.
* Anda mesti berhati-hati semasa memilihsoalan supaya tidak memilih soalan yang salah.
* Pemilihan soalan yang salah akanmembuang masa anda untuk mencuba soalan yang lain.
Anda boleh menjawab lebih daripada 4 soalan. Ini sebagai alternatif bagi jawapan yanganda rasa tak memuaskan tadi. Ingat! Semua jawapan akan diperiksa maka pemeriksaakan memilih 4 jawapan anda yang terbaik.
3) PANDUAN MENJAWAB SOALAN
1. Untuk menjawab soalan dalam kertas ini, anda dikehendaki memberikan jawapan panjang berbentuk esei
2. Jumlah perkataan bagi setiap esei ialah kira-kira 300 -400 patah perkataan (secara purata) atau 1 1/2 - 2 muka surat.(Ini hanya gambaran jawapan yang ideal, tak perlu kira patah perkataan)
3. Jawapan yang dikemukakan hendaklah selaras dengan jumlah markah yangdiperuntukkan.Anda harus ingat markah diberikan bagi fakta-fakta yang dikemukakandan bukan berdasarkan panjang sesuatu esei.
4. Anda mesti merancangkan jawapan anda dengan baik dan menjawab mengikutkehendak soalan.
5. Bahasa yang digunakan mestilah baik, jelas dan mudah difahami
.6. Anda dinasihatkan memperuntukan sebanyak 5 minit untuk merangka jawapan. Semuafakta-fakta penting yang berkaitan dengan soalan mesti disenaraikan di dalam rangka jawapan
7. Rangka jawapan membantu anda mempersembahkan jawapan dengan fakta-fakta yangcukup dan mengikut susunan yang rapi
.8. Jangan menerangkan sesuatu fakta dengan panjang lebar sehingga mengabaikan fakta-fakta yang lain.
9. Semasa menulis jawapan, anda mesti menghuraikan setiap fakta tersebut dengan baik, jelas dan tepat
.10.Setiap soalan esei mesti dibahagi kepada beberapa perenggan. Mulakan setiap faktadengan perenggan yang baru. Jika terdapat 8 fakta maka jelaskan dalam 8 perenggan.Ringkasnya: SATU PERENGGAN => {SATU FAKTA,HURAIAN,CONTOH}
11.Sebaik-sebaik setiap fakta / perenggan diberikan nombor,manakala fakta utamanyadijadikan sub-tajuk atau kepala sesuatu perenggan dan digariskan
12.Setiap fakta / perenggan seharusnya diselangi dengan satu baris kosong antara satu perenggan dengan perenggan yang lain.
13.Bagi memulakan jawapan baru bagi soalan berikutnya, gunakan kertas jawapan baru.Elakkan menyambung jawapan anda di bawah jawapan soalan lain.
14.Jawapan yang baik adalah jawapan yang mempunyai banyak fakta,penerangan yang jelas, contoh yang konkrit dan perenggan yang bersesuaian dengan markah.
15.Untuk soalan perbezaan ,tunjukkan dengan jelas dengan bentuk jadual 'T'. Bezakan berdasarkan perkara yang sama.Untuk persamaan, tidak perlu jadual 'T'.
16. Jawapan tidak perlu pendahuluan atau penutup. Terus kepada menjawab mengikut kehendak soalan.
17. Bagi soalan kajian kes masukkan nama individu yang terlibat dalam kajian kestersebut.
~SELAMAT MAJU JAYA~

No comments:
Post a Comment